Skip to content


(Gambar) Kad Pengenalan Aaron Aziz

Isu kad pengenalan Aaron Aziz saat ini agak kepoh dan mengemparkan. Ada yang mendakwa Aaron sengaja mempopularkan dirinya dengan menukar namanya yang lebih komersial berbanding nama asalnya. Dakwaan ini timbul apabila sebuah kad pengenalan warga Singapura yang dikatakan milik Aaron bernama Mat Haron Mustapha telah diselongkar. Pelik tetap pelik, isteri dan juga pengurus Aaron, Diyana memberi komen dalam portal Murai baru-baru yang lalu dengan mendakwa kad pengenalan itu hanyalah rekayasa, dan menegaskan yang suaminya bernama betul Aaron Mustapha bin Aziz.

“Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

“Saya juga baru mengetahui berkenaan hal ini melalui Twitter dan belum berkesempatan bercerita kepada Aaron kerana dia masih berehat kerana demam.

“Jika anda tidak percaya atau menganggap saya mahu menyembunyikan hal sebenar, anda boleh bertanyakan mana-mana produksi yang pernah Aaron bekerja untuk mendapatkan kepastian nama sebenar Aaron daripada pasport miliknya,” jelas Diyana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...



Posted in Gosip Artis Malaysia.

Tagged with , , , , .


0 Responses

Stay in touch with the conversation, subscribe to the RSS feed for comments on this post.



Some HTML is OK

or, reply to this post via trackback.