
Kini pendengar boleh mendapat pengakuan eksklusif selebriti yang dibuat ‘secara paksa rela’ menggunakan mesin lie detector dalam program Detektif Era di segmen Riuh Pagi Era. Selebriti ‘bermasalah’ ini umpama berada dalam kandang saksi mahkamah bagi sesi ‘soal balas peguam’.
Antara pendedahan berani yang pernah tersiar ke udara dalam program ini, bermula Januari tahun ini. Tahukah anda penyanyi Marsha Londoh pernah jatuh hati dengan pengacara terkenal Aznil Nawawi dan bukannya Yusri KRU seperti yang pernah disensasikan selama ini. Pelawak Saiful Apek pula tercabar dengan kemunculan Nabil Raja Lawak dan Fazli Zainal bersolek bukan kerana kecelaruan gender tetapi kerana ingin dilihat menarik untuk industri hiburan.
Namun tidak kurang juga selebriti yang mungkin menggelabah di saat akhir bertindak meninggalkan konti sebelum waktu. Nama di atas hanya sebahagian daripada nama selebriti popular yang sporting dan berani diuji oleh lie detector dengan soalan panas yang ditanya dua detektif Era, Aznil Nawawi dan Azwan Ali.
Menurut Pengurus Program Era, Nazri Noran, program ini sebenarnya mula diperkenalkan radio HitzFM tiga tahun lalu tapi ‘mangsanya’ adalah pendengar. Detektif Era mulanya dikendalikan sepenuhnya oleh Aznil dan Din Beramboi, sementara proses penyeliaan dibuat oleh Pakar Poligrafi, Akbar Satar dari Akbar & Associates. Selebriti yang telah disoal siasat oleh Aznil ialah Fahrin Ahmad, Norman KRU, Saiful Apek dan Marsha Londoh.
Namun, sejak 17 Februari, tugasan sebagai Detektif Era diambil alih oleh Azwan Ali. Azwan pula membongkar rahsia Fazli Zainal, Fizz Fairuz, Mawi, Didie Alias dan Ifa Raziah.
“Ketika Aznil mengelolakan program ini, dia agak compassionate dan supportive. Mungkin karakternya sedemikian, jadi dia mencadangkan kita beri tugas menyiasat ini kepada Azwan Ali kerana dia sudah biasa dan mempunyai track record mengelolakan rancangan sebegini dulu,” jelas Nazri.
Menurut Nazri, ramai selebriti popular terutama wanita agak skeptikal dan tidak berani ambil bahagian dalam program itu.“Ramai juga artis yang tidak senang dengan kaedah mesin lie detector yang digunakan. Ada yang memberi bermacam-macam alasan untuk mengelak daripada turut serta.
“Mungkin kerana kebanyakan soalan berkisarkan hal peribadi dan kisah di sebalik peristiwa yang mengheret mereka ke kancah kontroversi,” kata Nazri. Jelasnya lagi, mesin ini memantau seseorang melalui reaksi fisiologi dan perubahan dalam tubuh.
Popularity: 8% [?]
Related Content
Related Post
- Biodata Scha Al-Yahya (July 5th, 2010)
- (Gambar) Lia 3 Macan bahagia dengan Andreano (July 5th, 2010)
- Gambar Seksi Sarah (Chloe Nicole Saralyn) (June 26th, 2010)
- Zina bakal hancurkan masa depan Ariel Peterporn (June 26th, 2010)
- Gambar Boyfriend Wangi Fobulous Cats Peluk Dan Mabuk Di Clubbing (April 14th, 2010)
Most Popular
- The Top Ten Reasons For Learning Linux, Number 8, You Control The Computer
- Creating a Second OS Entry in Window Vista With Boot Manager Identifiers
- Turning Content into YouTube Videos for SEO
- Troubleshooting Ubuntu Post-Installation Configuration Problems
- Installing Ubuntu Hardware Requirements
- What Is Search Engine Optimization (SEO) Web Hosting?
- Top 10 Points for SEO Services to Observe at Title Tags
- Windows XP - Enable Hibernate in the Shut-Down Dialog
- How an SEO Consultant Could Help Your Sales Take Off
- 3 Great SEO Practices















Be The First To Comment
Please Leave Your Comments Below