Sedih mendengar bintang prelude Akademi Fantasia 4 (AF4), Leez yang kononnya digantung tak bertali selepas hos Raja Lawak 4 (RL4), Zizan meninggalkannya tanpa apa-aapa penjelasan.

Kata sumber, punca hubungan cinta mereka itu berakhir bukanlah disebabkan masalah mereka yang tidak serasi tetapi ia  datangnya  dari ibu Zizan yang khabarnya tidak merestui pilihan anaknya itu.

Bagaimanapun, ibu Zizan pernah menyatakan hasrat bahawa dia amat menyukai sekiranya anak terunanya itu berkahwin dengan seorang pengacara bertudung yang sedang meningkat namanya.

Tapi atas sebab itu, Zizan turuti kehendak ibunya (melepaskan Leez). Mungkin tindakan Zizan betul kerana walaupun seorang lelaki itu sudah berkahwin, ibu masih lagi tanggungjawabnya kerana syurga di telapak kaki ibu.

Bagaimanapun, kalau betullah seperti mana kata Leez yang kononnya Zizan tinggalkan dia tanpa sebarang penjelasan, kurang setujulah dengan tindakan Zizan itu. Sebab benda kini kena ada penyelesaian yang betul.

Pun begitu, peminat RL4 pernah terserempak dengan Zizan bersama seorang gadis yang agak seksi. Difahamkan wanita tersebut adalah kekasih baru Zizan. Sebab aksi mereka berdua persis kekasih yang sedang hangat dilamun cinta.

Mungkinkah  tahun ini, giliran Zizan pula yang bakal menamatkan zaman bujangnya selepas Johan yang membina mahligai tahun lalu.

Popularity: 3% [?]